Beza antara bisnes yang memiliki laman web dan bisnes tanpa laman web ialah: Bisnes yang memiliki laman web meningkat lima kali ganda berbanding bisnes tanpa laman web.
Yang manakah pilihan anda?
Sebab Pertama
Ia menjimatkan ruang pengiklanan anda di akhbar. Dengan mempromosikan laman web di akhbar, majalah, poster, risalah dan radio, pelanggan anda berpeluang melayari laman web bisnes anda tanpa perlu menghubungi anda melalui telefon terlebih dahulu. Kesan psikologinya, apabila anda membantu menjimatkan wang bakal pelanggan melalui panggilan telefon, mereka cenderung memilih bisnes anda. Jimatkan wang telefon pelanggan dan tingkatkan keuntungan bisnes anda.Sebab Kedua
Laman web dapat digunakan bagi menyenaraikan lebih banyak produk pilihan untuk bisnes anda. Dengan ruang yang lebih luas, pelanggan yang membaca iklan anda di akhbar akan melayari laman web anda lebih lama berbanding membacanya di akhbar.Sebab Ketiga
Laman web anda mudah dipromosikan melalui pelekat kenderaan di kereta anda. Bayangkan dalam kesesakan jalan raya. Alamat laman web anda di cermin belakang kereta akan menarik perhatian ramai. Pasti ada yang akan menyalinnya di dalam telefon bimbit mereka untuk melayari di pejabat dan di rumah.Anda juga boleh mempromosikan laman web dengan mempamerkan di pintu masuk premis perniagaan atau di kaunter pembayaran atau di mana sahaja tempat yang mempermudahkan orang lain melihatnya.
